Compare Listings

Cara Jual Hartanah Guna Agents

Cara Jual Hartanah Guna Agents

Bagaimana nak jual rumah guna agent?”

Terdapat dua kategori agent. Satu agent yang berdaftar dengan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta Malaysia (LPPEH). Yang kedua Broker atau orang tengah yang tak berdaftar dengan Lembaga.

Terdapat segelintir pemilik rumah yang takut bila sebut agent. Sebab pernah dengar kes-kes penipuan yang dilakukan oleh agents. Bab ini anda kena berhati-hati bila jual rumah guna agent. Apa yang boleh dilakukan ialah cari agent daripada agensi yang berdaftar.

Jika nak guna broker pastikan broker tersebut seorang yang amanah. Ada broker yang mark up harga tanpa pengetahuan anda dan meyakinkan anda bahawa pihak pembeli yang mark up harga. Sebenarnya duit mark up tu broker yang sapu.

Bila dah dapat agent atau boker  yang betul, sign la borang perlantikan. Anda boleh memilih untuk membuat perlantikan dalam beberapa kategori:

1) General. Kalau general bermakna anda berhak untuk melantik agent-agent dari agensi lain sebanyak yang anda suka dan anda sendiri pun boleh cari pembeli untuk rumah anda. Kalau banyak sangat agent pun tak elok, pening anda nanti, dan akan ada berlawan harga menyebabkan harga rumah anda makin jatuh.

2) Sole Agent. Hanya agent dilantik tu sahaja boleh jual rumah anda. Anda tidak boleh melantik agent lain selama masa yang dipersetujui (selalu 3 bulan). Tetapi anda sendiri boleh cari pembeli jugak dan jual direct kepada pembeli tanpa melalui agent. (Recommended)

3) Eklustif Agent. Sama macam sole agent. Yang berbeza, anda sebagai pemilik rumah tidak boleh jual rumah secara direct kepada pembeli yang anda cari. Anda perlu melalui agent tu walaupun anda yang dapat pembeli tu. Tempoh perlantikan pun selalunya 3 bulan atau terpulang kepada persetujuan masing-masing.

Fees yang dikenakan

Selalunya agent akan ambil 3% dari harga hartanah yang berjaya dijual. Fees ini akan dibayar terus oleh pembeli kepada Agent semasa membuat booking. Pemilik akan hanya memperolehi 7% sahaja semasa menandatangani perjanjian Jual Beli.

Kunci Premis

Kunci rumah hendaklah diserahkan kepada agent bagi memudahkan urusan pembeli melihat rumah. Perlu diingat urusan untuk secure pembeli adalah susah. Agent perlu pergi ke premis yang hendak dijual banyak kali bagi memastikan pembeli bersetuju untuk membeli hartanah anda.

 

Jualbeli hartanah boleh membantu anda untuk jual rumah anda, tak perlu takut untuk guna kami. Lagipun anda dah tau caranya kan. Lepas ni, senang la kerja anda.

Share
img

admin

Related posts

Jual Beli Hartanah Berisiko

1. Beli rumah dengan pemaju tiada lesen pemaju perumahan yang sah Membeli rumah daripada pemaju...

Continue reading
by admin

Rumah Sub-Sale Atau Lelong

Mana lagi bagus beli rumah second hand atau rumah lelong....

Continue reading
by admin

Panduan Melantik Peguam Hartanah

Panduan Lantik Peguam Hartanah Urus Jual Beli Hartanah Dalam melancarkan urusan jual beli...

Continue reading
by admin

Join The Discussion