Compare Listings

Masalah Dalam Urusan Jual Beli Hartanah

Masalah Dalam Urusan Jual Beli Hartanah

Dalam keghairahan kita membeli hartanah yang bakal diduduki atau dimilki terdapat masalah yang tidak dijangka yang diluar kawalan kita. Masalah ini tidak disengajakan atau dijangka akan berlaku. Setiap apa yang berlaku ada jalan penyelesaianya.

 

Sebagai contoh:

 

Pemilik Meninggal Sebelum Urusan Jual Beli Disempurnakan

Jika urusan dokumentasi diuruskan oleh peguam, pihak peguam akan minta Pemilik menandatangani kesemua dokumen berkaitan untuk urusan tukar nama. Dalam kes pemilik meninggal dunia sebelum urusan jual beli disempurnakan, Perjanjian Jual Beli selalunya menyatakan bahawa ianya mengikat waris dan Perjanjian tersebut boleh diteruskan. Semua dokumen telah ditandatangani cuba mengambil masa untuk didaftarkan shaja di Pejabat Tanah.

Jika pemilik tidak menandatangani kesemua dokumen berkaitan, contohnya, borang pindahmilik. Maka urusan jual beli tersebut mungkin terpaksa dibatalkan.

Waris kepada Pemilik perlu membuat permohonan pesaka untuk menerima baki harga jualan daripada pembeli. Pembeli atau Peguam tidak boleh menyerahkan baki harga jualan kepada waris selagi tiada perintah pembahagian daripada Mahkamah atau Pejabat Tanah.

 

Pemilik Didapati Bangkrap Selepas Menandatangani Perjanjian Jual Beli

Terdapat kes dimana pemilik didapati bankrap. Ianya tanpa pengetahuan Pemilik. Kadang-kadang disebabkan menjadi penjamin kepada saudara-mara atau kawan-kawan. Sepatutnya pihak Peguam membuat semakan sebelum perjanjian jual beli ditandatangani. Kebanyakan peguam hanya semak selepas perjanjian ditandatangani. Jika ini berlaku perjanjian jual beli tersebut tidak boleh diteruskan.

Cara Penyelesaian. Pemilik perlu membuat Pembatalan Kebangrapan dengan pihak mahkamah terlebih dahulu. Proses ini mengambil masa 2 bulan untuk diuruskan. Apabila dah dapat perintal batal maka perjanjian jual beli tersebut boleh diteruskan.

 

Pemilik Enggan Serah Rumah Walaupun Telah Menerima Bayaran Penuh

DalamPerjanjian Jual Beli ada dinyatakan bahawa Pemilik perlu menyerahkan rumah yag dijual kepada Pembeli setelah mendapat bayaran penuh. Ada kes pemilik rumah enggan keluar rumah kerana rumah yang beliau ingin pindah masih belum siap (dalam proses pembinaan) atau belum mendapat kunci.

Jika ini berlaku, perjanjian ada menyatakan bahawa pemilik perlu membayar gantirugi sebanyak 8% setahun dikira mengikut jumlah hari lewat kepada Pembeli.

Cara Penyelesaian. Pembeli kena buat permohonan milikan kosong dan perintah pengusiran kepada mahkamah. Ianya akan mengambil masa 4-6 bulan untuk diselesaikan.

 

Kaveat dimasukkan ke atas hartanah yang hendak dibeli sebelum tukar nama dibuat

Kaveat adalah suatu halangan yang dikenakan oleh orang yang memasukkan kaveat ke atas tanah untuk sebarang urusan yang berkaitan urusniaga termasuk tukar nama. Peguam atau pemilik hanya akan mengetahui bahawa terdapat kaveat yang dimasukkan dengan membuat carian ke atas hartanah tersebut. Sebelum urusan jual beli tiada kaveat tetapi bila nak buat tukar nama terdapat kaveat atas tanah.

Kaveat selalunya dimasukkan oleh pembeli terdahulu atau waris yang tidak berpuas hati dengan pemilik tanah. Jika kaveat tersebut dimasukkan oleh pejabat tanah sendiri maka besar kemungkinan urusan pindahmilik tanah tidak boleh diteruskan.

Cara Penyelesaian. Pemilik kena buat permohonan untuk batalkan kaveat dengan Pejabat Tanah. Urusan akan mengambil masa 30 hari hingga 4 bulan bergantung atas sebab kaveat dimasukkan.

 

Pemilik Bersama Enggan Serah Geran asal Hartanah

Dalam kes tanah lot atau geran kongsi, akan ada salah seorang penama yang akan dipertanggungjawabkan menjaga geran asal hakmilik tanah. Pemilik lain berhak menjual bahagiannya sahaja kepada mana-mana pembeli. Ada kes pemilik bersama yang memegang geran enggan menyerahkan geran asal untuk urusan tukar nama.

Cara Penyelesaian. Pemilik lain boleh membuat permohonan melalui Borang B2 agar orang yang memegang geran asal tersebut menyerahkan geran asal tersebut kepada pejabat tanah untuk urusan tukar nama. Jika enggan juga pejabat tanah akan mengeluarkan geran yang baru dan geran dengan no siri yang lama diwartakan sebagai batal.

 

Kebenaran Pindahmilik Tidak Diluluskan

Pemilik tanah selalunya ghairah untuk menjual tanah dengan harga yang tinggi. Selalunya orang melayu akan cuba menjual kepada orang cina kerana mereka sanggup membeli dengan harga yang mahal. Akibatnya kebenaran pindahmilik daripada kerajaan negeri tidak diluluskan.

Cara Penyelesaian. Pemilik tanah kena buat rayuan dengan pejabat tanah. Rayuan mesti disertakan dengan BUKTI yang anda memerlukan duit. Sebagai contoh perlukan duit untuk urusan perubatan yang kritikal (surat Doktor), anak masuk universiti (surat tawaran), kena saman dengan bank (surat saman), Nak pergi haji (surat tawaran haji) dan lain-lain.

Sekiranya anda menghadapi masalah dalam menyelesaikan urusan pindahmilik atau urusan jual beli hartanah anda hubungi kami di talian 03-38853814. Kami akan cuba membantu anda.

Share
img

admin

Related posts

Jual Beli Hartanah Berisiko

1. Beli rumah dengan pemaju tiada lesen pemaju perumahan yang sah Membeli rumah daripada pemaju...

Continue reading
by admin

Rumah Sub-Sale Atau Lelong

Mana lagi bagus beli rumah second hand atau rumah lelong....

Continue reading
by admin

Cara Jual Hartanah Guna Agents

Bagaimana nak jual rumah guna agent?” Terdapat dua kategori agent. Satu agent yang berdaftar...

Continue reading
by admin

Join The Discussion