Compare Listings

Panduan Melantik Peguam Hartanah

Panduan Melantik Peguam Hartanah

Panduan Lantik Peguam Hartanah Urus Jual Beli Hartanah

Dalam melancarkan urusan jual beli hartanah, ada beberapa pihak yang memainkan peranan penting. Peguam atau lawyer sangat penting dalam memastikan proses jual beli rumah berjalan lancar selain daripada ejen dan bank.

Bagi yang pernah menguruskan jual beli hartanah, mesti akan faham kenapa kita perlu memilih peguam yang bagus. Bagi yang tiada pengalaman, biar saya jelaskan.

Peguam adalah individu yang mengurus hal berkaitan dengan undang-undang dalam hartanah. Kalau kita faham selok belok undang-undang hartanah kita boleh menguruskan sendiri tukar nama di pejabat tanah. Jika tidak tahu kita perlu melantik peguam untuk melancarkan urusan berkaitan hartanah sama ada melalui;

  • pembiayaan/ pinjaman (loan)
  • pejabat tanah bagi urusan perjanjian, pertukaran hak milik dll
  • pusaka
  • percukaian
  • insolvensi
  • dll

Jadi, memilih peguam yang terbaik adalah penting.

 

Kos Vs Servis

Kebanyakan pembeli akan minta peguam yang caj lebih murah. Alasannya, jimat kos.

Betul. Tapi, yang lebih utama adalah memilih peguam yang cekap, responsif dan proaktif. Kenapa? Sebabnya ialah

  • Peguam yang cekap tahu selok belok hartanah seperti kaveat, geran hilang, proses loan kerajaan, dll
  • Responsif dalam berurusan dengan penjual, pembeli, bank dan ejen hartanah
  • Peguam yang proaktif pula tahu masalah dan boleh mencari penyelesaian untuk masalah yang dihadapi

 

Peguam pun manusia, ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Kena pandai pilih dan sesuai dengan kes yang dirujuk.

 

Berapa Kos Guaman Urusan Jual Beli Hartanah?

Anggaran kos guaman jual beli hartanah adalah antara 5% hingga 6% dari harga jualan hartanah.
Ini termasuk kos bagi Legal Fee bagi Sale and Purchase Agreement (SPA) dan Stamp Duty pada Memorandum of Transfer (MoT) dan urusan dengan pihak Bank

Ini hanya anggaran sahaja. Pembeli atau penjual yang melantik peguam boleh dapatkan sebut harta terus dari peguam sebelum bersetuju untuk membuat lantikan.

 

Boleh ke minta diskaun? Ada part dalam servis peguam yang memang telah ditetapkan oleh Pihak Berkuasa dan ada sebahagian part yang boleh diminta diskaun dan ada yang tak boleh. Bincang dengan peguam.

 

Waktu Bilakah Perlu Lantik Peguam?

Pembeli seharusnya telah mencari dan melantik peguam apabila bersetuju membeli mana-mana hartanah. Bagi kes belian melalui lelongan awam lantikan peguam mesti dibuat dengan segera kerana tempoh masa untuk menyelesaikan harga belian adalah pendek.

Bagi pinjaman kerajaan, lantikan dibuat sebelum permohonan pinjaman dibuat.

 

Bagaimana Nak Pilih Peguam Yang Bagus?

 

Susah nak jawab soalan ni. Kecuali bagi yang selalu berurusan dengan peguam, seperti ejen hartanah, mereka tahu peguam mana yang bagus. Ini panduan untuk pilih peguam yang cekap dan bagus;

 

Minta Tolong Ejen Hartanah

Ejen hartanah biasanya berurusan dengan ramai peguam dan akan kekalkan urusan hanya dengan beberapa atau seorang sahaja peguam. Kenapa?

SERVIS. Ejen akan teruskan berurusan dengan peguam yang servisnya bagus, cekap dan jujur.

Sebab jika proses guaman lambat, penjual (owner) dan pembeli (buyer) akan terkesan. Akhirnya ejen yang menjadi mangsa.

Jika anda memerlukan khidmat guaman Boleh hubungi kami di talian 03-38853814 untuk dapatkan servis peguam hartanah yang bagus.

Share
img

admin

Related posts

Jual Beli Hartanah Berisiko

1. Beli rumah dengan pemaju tiada lesen pemaju perumahan yang sah Membeli rumah daripada pemaju...

Continue reading
by admin

Rumah Sub-Sale Atau Lelong

Mana lagi bagus beli rumah second hand atau rumah lelong....

Continue reading
by admin

Cara Jual Hartanah Guna Agents

Bagaimana nak jual rumah guna agent?” Terdapat dua kategori agent. Satu agent yang berdaftar...

Continue reading
by admin

Join The Discussion