Penipuan Hartanah

  • 8 years ago
  • 0

Dalam keghairah kita berlumba-lumba melabur dalam hartanah, terdapat segelintir individu yang licik memperdayakan mangsa untuk mendapat keuntungan secara haram.

Keadaan ini menyebabkan ramai yang tersilap langkah, hingga membuka ruang dan peluang kat penjenayah untuk jadikan mereka sebagai mangsa.

Akhirnya, ia bertukar jadi mimpi ngeri dan buatkan mangsa kerugian hingga ratusan ribuan ringgit.

Cara gerak kerja penjenayah ini.

1. Suspek biasanya bergerak secara individu dan terus menghilangkan diri bila dah dapat wang deposit.

2. Suspek akan berpura-pura nak jual tanah dan tawarkan harga lebih murah berbanding harga pasaran untuk pancing mangsa.

Suspek kemukan geran tanah sebagai bukti dan minta mangsa membuat pembayaran tunai. Mangsa sedar ditipu apabila geran tanah yang diberikan sebenarnya palsu bila diperiksa di pejabat tanah.

3. Suspek akan jumpa mangsa untuk bincang tentang peluang perniagaan, sebelum ajak mangsa berkongsi beli tanah dan keuntungan, yang kononnya boleh dijual dengan harga lebih tinggi.

Setelah mangsa serahkan wang, suspek hilangkan diri.

4. Mangsa beli tanah daripada suspek dan membuat pembayaran penuh. Namun setelah melihat tanah tersebut mendapati tanah tu milik orang lain.

5. Suspek buat perjanjian untuk jual tanah kepada mangsa dan minta bayar wang pendahuluan. Tapi bila mangsa hendak selesaikan semua bayaran, suspek jual tanah itu kat orang lain dengan harga yang lebih tinggi.

6. Tukar hak milik tanah secara tak sah dengan menggunakan identiti pihak ketiga serta memalsukan maklumat peribadi.

7. Mangsa beli tanah dari suspek dan membuat pembayaran penuh, sebelum mendapati keluasan tanah tak sama seperti yang tertulis dalam geran.

Antara faktor-faktor penipuan ini berlaku:

1. Sikap tak teliti dan mudah terpedaya dengan tawaran harga tanah yang jauh lebih murah berbanding harga pasaran.

2. Tak tahu prosedur sebenar dalam urusan jual beli tanah

3. Tak merujuk atau dapatkan pandangan pihak ketiga (Peguam/Jurunilai)

4. Tanah menjadi pilihan penjenayah ini untuk buat urus niaga palsu dengan mangsa, sebab ia adalah aset yang mempunyai kecairan (liquidity) tinggi dalam pasaran semasa.

Macam mana nak tahu siapa mereka?

Sukar untuk kesan suspek kerana dalam kebanyakkan kes, mangsa gagal ambil identiti atau dokumen pengenalan mereka.

Mangsa juga senang-senang serahkan wang dan barang berharga, tanpa sebarang dokumen jual beli dan resit pembayaran.

 

chicago

Nak elak jadi mangsa? Amalkan  tips ini. 

1. Jangan mudah terpedaya dengan tawaran jual atau beli tanah pada harga rendah, sampai sanggup bayar deposit dek terpengaruh dengan skrip ‘siapa cepat dia dapat’.

2. Orang ramai perlu lebih berhati-hati dalam urus niaga tanah kerana penipuan macam ini tak menyasarkan golongan tertentu. Pendek kata, semua orang boleh “terkena.”

3. Orang ramai terutama masyarakat luar bandar juga perlu meningkatkan pengetahuan, bagi mengelak menjadi mangsa penipuan.

4. Untuk sebarang jual beli tanah, seeloknya dapatkan pandangan pihak ketiga seperti penilaian dan juga peguam.

5. Sentiasa berhati-hati kalau korang ingin melakukan urusan jual beli tanah supaya tak tertipu.

Saya harap dengan sedikit sebanyak info dan perkongsian ini dapat membantu, dan semoga anda berjaya dalam pelaburan berkaitan tanah.

 

Sekiranya anda menghadapi masalah dalam menyelesaikan urusan pindahmilik atau urusan jual beli hartanah anda hubungi kami di talian 03-38853814. Kami akan cuba membantu anda.

Share

Join The Discussion

Compare listings

Compare