Compare Listings

Rumah Sub-Sale Atau Lelong

Rumah Sub-Sale Atau Lelong

Mana lagi bagus beli rumah second hand atau rumah lelong.

Image result for subsale house malaysia

Image result for subsale house malaysia

 

 

 

 

 

 

 

 

Rumah second hand atau subsale adalah rumah yang dibeli daripada pihak lain selain daripada pemaju perumahan.

Rumah lelong adalah hartanah yang dilelong oleh pihak bank atau pemegang gadaian atas keingkaran peminjam membayar ansuran pinjaman.

PROSEDUR

Rumah Subsale boleh dibeli secara direct dengan penjual atau agent hartanah. Jika pembeli bersetuju dengan harga yang ditawarkan maka pembeli perlu membayar deposit 10% kepada Penjual semasa menandatangani perjanjian jual beli.

Rumah Lelong melalui sesi lelongan awam yang diadakan di Mahkamah, Pejabat Tanah atau Tempat Lelongan yang ditetapkan oleh Pelelong. Pembeli perlu membida harga yang ditawarkan. Jika lelongan adalah kali pertama harga yang ditawarkan adalah nilai pasaran semasa dan harga lelongan akan dikurang 10% untuk lelongan kedua dan seterusnya. Jadi jika nak beli rumah Lelong beli semasa lelongan kedua atau ketiga harganya jauh lebih murah.

HARGA/NILAI RUMAH

Rumah subsale selalunya dijual dengan harga pasaran semasa dan jarang dijual bawah harga pasaran. Selalunya penjual atau agent akan offer harga yang lebih tinggi dari harga pasaran, jadi apabila pembeli minta dikurangkan harga mereka boleh menurunkan harga rumah sama dengan harga pasaran semasa. Jarang penjual hendak melepaskan rumah yang dimiliki jika pembeli menawarkan harga yang lebih rendah dari pasaran semasa.

Rumah Lelong seperti yang dinyatakan di atas dijual dengan harga semasa untuk lelongan kali pertama dan harga akan dikurangkan 10% setiap lelongan seterusnya. Jadi harga rumah lelong adalah lebih bagus daripada rumah subsale.

PINJAMAN BANK

Rumah Subsale kadang-kadang dijual dengan harga yang lebih tinggi dari pasaran semasa dan ini menyukarkan pihak bank meluluskan pinjaman. Pihak bank hanya akan mengeluarkan pinjaman 90% dari nilai pasaran bukannya dari harga belian. Jika nilai pasaran lebih rendah maka pembeli kena top up harga belian dengan pihak Penjual. Contohnya jika harga Belian adalah RM110,000 dan nilai pasaran adalah RM100,000 maka pihak bank akan memberi pinjaman sebanyak RM90,000 sahaja. Maka pembeli perlu mengeluarkan RM20,000 sebagai deposit untuk menjelaskan harga belian. Semak dulu harga semasa sebelum membeli rumah idaman anda.

Rumah Lelong tiada masalah nilai pasaran lebih rendah seperti rumah subsale. Cuma tempoh masa yang diperuntukan untuk menyelesaikan baki harga lelongan adalah pendek dan tidak boleh dilanjutkan menyebabkan pihak bank enggan memberi pinjaman kepada pembeli yang membeli rumah lelong. Caranya mudah saja. Pembeli perlu pergi kepada bank yang melelong hartanah tersebut. Mereka terpaksa memproses dan meluluskan pinjaman anda kerana mereka adalah Bank yang melelong hartanah tersebut. Jadi jangan mohon pinjaman dengan bank lain pergi ke bank yang sama.

MASA

Dari segi masa rumah subsale mengambil masa 3-4 bulan untuk diselesaikan urusanya sama juga dengan rumah lelong. Cuma rumah lelong tidak boleh dilanjutkan masa penyelesaiannya. Mesti dijelaskan dalam tempoh 4 bulan. Rumah subsale boleh dilanjutkan masa bayarannya tetapi pembeli kena bayar interest lewat bayar, selalunya 8% setahun.

KEROSAKAN

Rumah Subsale kita boleh minta penjual membaiki apa-apa kerosakan yang terdapat di rumah tersebut sebelum diserahkan kunci. Segala tanggunggan kerosakan selalunya ada ditulis dalam perjanjian jual beli jadi penjual tak boleh lepas tangan dalam hal ini.

Rumah lelong, segala kerosakkan yang adalah tanggungan dan risiko yang perlu di hadapi oleh pembeli. Ada kes dimana Pembeli membeli rumah lelong yang masih diduduki oleh pemilik lama. Apabila pemilik lama keluar dari rumah tersebut, pembeli dapati terdapat banyak kerosakan yang telah dilakukan oleh Pemilik lama. Tiada apa yang boleh dibuat oleh Pembeli kerana kerosakan tersebut tidak ditanggung oleh pihak Bank.

CUKAI TANAH , PINTU, BIL UTILITI

Dalam kes rumah subsale apa-apa cukai atau tunggakan perlu dijelaskan oleh penjual sebelum menyerahkan kunci. Ini termasuk tunggakkan bil indah water dan TNB.

Dalam kes Rumah lelong pihak Bank hanya menanggung cukai Tanah dan Cukai Pintu sahaja. Bil utiliti seperti Indah Water dan TNB adalah tanggunggan Pembeli. Ada kes Pembeli rumah lelong apabila pergi hendak mendaftarkan bil TNB didapati bahawa pemilik lama ada tunggakan melebihi RM7000. Jadi semak dulu bil rumah yang hendak dibeli dengan pihak yang berkenaan.

MAINTENANCE CHARGES

Bagi rumah Flat,Apartment, Condominium akan ada bil penyelengaraan yang dikenakan oleh persatuan penduduk atau badan yang menyelenggarakan bangunan.

Dalam kes rumah subsale penjual hendaklah menjelaskan segala bil maintenance charges yang ada dan kadang-kadang pemaju mohon agar penjual membayar bil 6 bulan kehadapan bagi mengelakkan sebarang masalah dikemudian hari.

Bagi rumah lelong pembeli kena baca betul-betul peristiharan jualan yang diedarkan. Ada kes bank hanya menanggung sebahagian maintenance yang tertunggak, ada yang bank tanggung semua dan ada yang tanggung 5% sahaja dari harga lelongan. Selalunya jika lelongan telah dibuat melebihi dari 5 kali pihak bank tidak akan menanggung tunggakan maintenance charges kerana harga lelongan telah diturunkan lebih dari separuh harga pasaran.

Sekiranya anda memerlukan bantuan untuk membeli rumah secara subsale atau melalui lelongan awam hubungi kami jualbeli hartanah 03-38853814 untuk memudahkan urusan anda.

Share
img

admin

Related posts

Jual Beli Hartanah Berisiko

1. Beli rumah dengan pemaju tiada lesen pemaju perumahan yang sah Membeli rumah daripada pemaju...

Continue reading
by admin

Cara Jual Hartanah Guna Agents

Bagaimana nak jual rumah guna agent?” Terdapat dua kategori agent. Satu agent yang berdaftar...

Continue reading
by admin

Panduan Melantik Peguam Hartanah

Panduan Lantik Peguam Hartanah Urus Jual Beli Hartanah Dalam melancarkan urusan jual beli...

Continue reading
by admin

Join The Discussion